Sekarang nie aku dah Masuk sem 2 dah pon (actually lagi bpe bulan dah nak Habis sem 2). Now baru la ade mase sikit before final. Tu yang tergedek2 nak update blog nie. Hahahahaha. Actually, aku nak share kat korang sume pasal someone yang aku suka kat sini more specific my senior tapi same age with me. Well,biasalaa aku kan matrik dua tahun so tercicir kejap. Masuk u pon dengan adik2 tapi perangai aku tak macam adik2 pon. :P
First time aku nampak diye bila kiteorang bersuai kenal dengan senior. Diye masuk as wakil senior second. Time tu aku tengah sembang2 dengan kawan aku then bila aku dengar ade orang sedang bagi ucapan kat depan aku tengok la. Time aku tengok diye tu,rase macam dari mata turun ke hati baq hang. Serius aku cakap aku suka tengok muka diye even muka diye tu sombong. Walaupun dekat sebelah diye ade lagi seorang senior yang muka boleh tahan hensem la (Ala,muke jambu Mestilaa ramai minat kan?) tapi mata aku tetap meminang si dia. Tak beralih sikit pon. Sejak dari tu aku jadik silent stalker diye. Biar pun hanya Menjadi silent stalker tapi itu dah membuatkan aku happy asalkan aku boleh tengok diye. Kawan2 aku tahu aku suka diye so bile bertembung dengan diye, dorang akan buat eye signal dengan aku. Heehehe
Aku pun ape lagi bile nampak dorang buat macam tu Paham2 sendiri la yang orang aku minat ade dekat depan. Gatai juga aku nie kan. Kalau la mak aku tau anak Dara diye macam nie,geleng kepala diye. :P hehe
Tapi sampai sekarang aku tak penah sembang dengan diye sampai la haritu aku sembang dengan diye. Happy diye Toksah habaq Mai la macam mane kan. Sangat2 happy. Tapi time tu diye tak berapa sihat. Kesiannya pon ade tengok diye.
Pernah satu tahap tu,aku stalk diye then aku tengok diye cakap pasal satu minah nie kat fb diye. Masa tu tak Payah cakap la apa yang aku rasa. Macam2 aku rasa. Serius sedih. Aku pun dah macam nak give up dah perasaan aku dekat diye. Aku tak suka nak ambit Hak orang lain. Aku bukan Jenis macam tu. Tapi sakit bila berpura-Pura nak hentikan perasaan ini. Sangat sakit. Luckily, aku ada kawan2 yang support aku dan bagi semangat kat aku. Dan Kalau korang nak tahu nama minah tu FA. But aku tak tau FA tu stand for what. Kawan aku cakap maybe aku. Tapi aku tak tahu. Aku taknak la macam perigi cari timba (entah betol ke tak aku punya ayat nie XD) so aku cakap dekat kawan aku bukan aku. Aku taknak bagi harapan palsu pada diri aku sendiri sebab sakit bile kita berharap sangat pada Benda yang belum tentu jadi milk kita. Aku hanya berdoa kepada Allah sekiranya diye jodoh aku Maka tunjukkan la padaku,sekiranya bukan hilangkanla perasaan ini dari hati hambamu ini. Sesungguhnya hanya kepadamu aku memohon pertolongan ya Allah.
P/s: sorry Kalau entry nie Panjang dan meleret. Ini hanya luahan hati aku sahaja. :)
Selamat membaca..